Wednesday 25 July 2012

Krim Puff

Resepi krim puff.... KRIM PUFF


250gm tepung naik sendiri (klau xde guna tpg gndum campurkan 4 sdu teh baking powder)
200gm butter
500ml air
1 sdu besar gula
6 bji telur
(klau nk sikit sukatan ni bole dibahagi dua)

Cara2nya

Panaskan air,gula dan buttter dlm periuk smpi mendidih.Masukkan tepung...kacau smpi adunan tak melekat pada periuk.Pastu sejukkan (x yah buh dlm petiais tau suhu bilik je).Bila dh sejuk alihkan adunan tepung tdi ke dlm besen or mixing bowl.Masukkan telur satu persatu sambil dipukul dgn kelajuan tinggi.Pukul smpi adunan rata dan boleh dipaipkan dlm piping bag.Lapik loyang dgn kertas myk sblm dipaipkan.Lepas dipaipkan spray air ke atas doh utk membantu adunan naik (tpi kita x spray pon).Bakar adunan puff dlm oven pda suhu 190C 40-45 min hingga puff jdi kaler coklat.Boleh dihidangkan dgn gula ising,sos coklat,sos kastad ataupun jem.

Sos coklat cara kita

1/2 tin susu pekat
2 sdu besar mumbung serbuk koko
2 sdu besar tepung jagung dicampur dgn 1/2 cwn air
1/2 cwn air atau susu cair/susu segar
Sedikit vanila jika suka

Semua bhn dimasukkan dlm periuk kacau atas api yg kecil smpi pekat.X yah guna cara double boiler tpi kna kcau sentiasa agar coklat x melekat di periuk.Jika semasa nk menghidang coklat ni agak pekat boleh dicampurkan air panas atau susu cair sedikit...SELAMAT MENCUBA....;)

Wednesday 23 May 2012

Italian Celebrity Chef Makes Tiraimisu





Kek Keju Oreo

KEK KEJU OREO



Majalah SAJI MAY 2012
Mula-mula kita sediakan kek span coklat
KEK SPAN COKLAT
By: Chef Amer
Rujukan : Majalah SAJI April 2012


5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan

Cara - cara nak membuat :

Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang 8 inc
Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 35 mint atau sehingga kek di masak sempurna
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 lapisan
* adunan ini boleh di buat 1/2 adunan sahaja.
Kalau buat 1/2 adunan telur guna gred B letak 3 biji


Potong kek span kepada 3 lapisan Ambil 1 lapisan dan letakkan atas lapik kek Sediakan loose pan atau spring form pan ukuran 8 inc Masukkan kepingan ke span coklat di dasarnya.




Untuk lebih memudahkan kita mengeluarkan kek, lapik sekeliling spring form pan dengan plastik mika Kemudian kita paipkan satu lapisan krim keju di atas lapisan kek coklat Susunkan kepingan biskut oreo di atasnya.




Tuangkan selapis lagi krim keju Dan lapiskan sekali lagi dengan biskut oreo.




Tuang lapisan terakhir dengan baki krim keju ratakan permukaannya Simpan dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang 4 jam Keluarkan kek dari loyang Kemaskan tepinya ~ boleh gunakan spatula besi, celup dalam air panas lap kering dan ratakan pada tepi kek supaya permukaannya licin.
Hias kek mengikut kreativiti anda