Wednesday 25 July 2012

Krim Puff

Resepi krim puff.... KRIM PUFF


250gm tepung naik sendiri (klau xde guna tpg gndum campurkan 4 sdu teh baking powder)
200gm butter
500ml air
1 sdu besar gula
6 bji telur
(klau nk sikit sukatan ni bole dibahagi dua)

Cara2nya

Panaskan air,gula dan buttter dlm periuk smpi mendidih.Masukkan tepung...kacau smpi adunan tak melekat pada periuk.Pastu sejukkan (x yah buh dlm petiais tau suhu bilik je).Bila dh sejuk alihkan adunan tepung tdi ke dlm besen or mixing bowl.Masukkan telur satu persatu sambil dipukul dgn kelajuan tinggi.Pukul smpi adunan rata dan boleh dipaipkan dlm piping bag.Lapik loyang dgn kertas myk sblm dipaipkan.Lepas dipaipkan spray air ke atas doh utk membantu adunan naik (tpi kita x spray pon).Bakar adunan puff dlm oven pda suhu 190C 40-45 min hingga puff jdi kaler coklat.Boleh dihidangkan dgn gula ising,sos coklat,sos kastad ataupun jem.

Sos coklat cara kita

1/2 tin susu pekat
2 sdu besar mumbung serbuk koko
2 sdu besar tepung jagung dicampur dgn 1/2 cwn air
1/2 cwn air atau susu cair/susu segar
Sedikit vanila jika suka

Semua bhn dimasukkan dlm periuk kacau atas api yg kecil smpi pekat.X yah guna cara double boiler tpi kna kcau sentiasa agar coklat x melekat di periuk.Jika semasa nk menghidang coklat ni agak pekat boleh dicampurkan air panas atau susu cair sedikit...SELAMAT MENCUBA....;)

No comments:

Post a Comment